Have you ever had an experience so amazing, you feel guilty to share it?
Praise be to Allah. Alhamdulillah.
Will definitely update soon.
I'm soaking in on how surreal this feels.
Praise be to Allah.
Monday, February 8, 2010
Mabuhay!~
Gusted from the mind of Adni Ariff at 11:15 PM 0 people said 'hi!'
Saturday, February 6, 2010
*giggles*
Gusted from the mind of Adni Ariff at 4:25 AM 0 people said 'hi!'
Labels: Current stuff, Happiness
Friday, February 5, 2010
Sibu-k
Orang kata macam-macam mengenai kerja saya. Ada yang tidak pernah dengar pun mengenai skim saya. Gaji sikit, beban besar kata sahabat seperjuangan. Tanggungjawab lagi, amanah lagi. Tanggungan dosa lagi. Kadang-kadang ada juga orang yang pandang lekeh akan pegawai-pegawai kerajaan ini. Mereka terpengaruh dengan televisyen dan perangai orang politik. Orang politik dan jentera kerajaan adalah berbeza. Acap kali juga kita dimomokkan dengan tanggapan bahawa pegawai kerajaan korup. Pemalas, makan gaji buta.
Sewaktu saya pernah menemuramah calon-calon untuk memasuki perkhidmatan kerajaan, ramai yang mengaku bahawa mereka cuma mahu kerja ini kerana ianya stabil. Tidak pernah terlintas di fikiran bahawa kerja kerajaan ini adalah amat memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. tapi saya faham, meskipun kita tidak dibayar gaji lumayan, tetapi kita dapat banyak faedah yang lain.
Allah Maha Adil, Maha Pemurah, Maha Penyayang. Ikhlaskan diri dalam pekerjaan, insya Allah, rezeki tidak akan ke mana.
Saya kini sedang rancak menyiapkan diri untuk satu pengalaman yang pastinya akan menjadi ingatan. Indah atau tidak, hanya masa dan persiapan yang akan menentukan. Saya risau, bimbang, khuatir, cemas, gembira, bahagia, seronok, takut, berdebar,gemuruh dan tak sabar menantikan hari Selasa minggu hadapan. Insya Allah, akan saya kongsikan pengalaman itu bila tiba masanya.
Buat masa ini teruskan bekerja dengan penuh keikhlasan. Hanya kerana Allah Ta'ala. Sesungguhnya Dia Maha Kaya dan Dialah Pemberi Rezeki. Segala pujian buat Allah. Alhamdulillah.

Gusted from the mind of Adni Ariff at 6:20 PM 0 people said 'hi!'
Thursday, February 4, 2010
Chop.
Kalau cucuk garfu kat mata ni boleh help me to keep awake tak?
Banyak sungguh benda yang kena setel sekarang jugak.
Ada tak benda yg kene setel esok?
Pungkoq saya keletihan kerana saya duduk sahaja menaip sepanjang hari.
Saya juga kasihankan tapak tangan saya yang koyak akibat memanjat smlm.
Mula2 kat sana nampak kecil saja kesan koyakan itu. Balik rumah tetiba jadi besar sikit. pagi ni tgk dia semakin membesar bagai juara. Semoga kulit saya cepat regenerate. Amin.
Boleh tak saya bawak gitar saya ke pejabat?
Walaupun saya tak pandai main gitar/piano/apa2 alat musik, saya sgt teruja untuk menghabiskan lagi 3 buah lagu yang saya sedang tulis.
Sesungguhnya saya mencemburui masa.
Tergamak beliau berlalu begitu sahaja.
haya'alal falah.
Gusted from the mind of Adni Ariff at 3:41 PM 1 people said 'hi!'
Labels: Ramblings
Wednesday, February 3, 2010
tud tudooo~
Sometimes i get confused between what information i can release and what should be kept P&C. Therefore, i take the safe road and assume everything is P&C. I believe that's the best way to go, but it is at the expense of not being prompt and quick in my work. I want to be efficient, but it's really hard when you can't identify what you can and can not do.
I guess that comes with experience.
Meanwhile, Adni The Juggler will just have to manage.
*circus music playing in the background*

Gusted from the mind of Adni Ariff at 1:14 PM 0 people said 'hi!'
Tuesday, February 2, 2010
February's here!~
Gusted from the mind of Adni Ariff at 8:11 AM 2 people said 'hi!'
Labels: From the Net
Monday, February 1, 2010
Loomenate~
Honestly, it couldn't be any better. Praise Allah with all His Glory.
Alhamdulillah.
I would like to just give a quick shout out to music. Recently I've been spending much quality time with it. Spent a 10 hour non-stop marathon karaoke-ing and it still wasn't enough. Went for another session hardly the day after and still i crave for more.
I hung out at a new place called Le***. Its a cool hang out spot with mediocre food and lepak-like surroundings. What's great about this place is that it provides a stage for new emerging talents to cuba-try-test performing in front of a crowd. Just bring a guitar, plug it up and the stage is yours. For those familiar with the indie scene, the place actually originated from Hartamas. I've been there a couple of times. Now they're bigger, better and whoopidier. I LOVE it there.
Then there's the studio session. I don't know why, for some weird reason i'm always attracted to music studios. So tanpa malu dan segan, i visited my friends studio. While hanging out, we chatted about the current music scene. Malaysia's music arena is super-duper unpredictable. One second hip-hop is in, everybody's a b-boy or b-girl, wearing baggy everything and the next minute people are singing "Please, Please, Please.. Kamu jangan nakal". One moment everybody's wearing fedora and the next, the same people are wearing skinny jeans and guyliners. Sangat abrupt perubahan yang berlaku. Unpredictable. So to survive, you either be a sell-out and go with the mainstream or wait for your turn (which may or may not come).
I've penned down a few more songs lately. I love it when i am able to get whatever stuck down my throat onto a piece of paper. Maybe someday I'll gather the guts to play it out. Its really hard to let other people hear your raw songs. For me, everything i write in my songs are directly from the heart. To have somebody listen to it, is to let them peek into my bare soul. Don't think I'm ready for that.. yet. Maybe someday. It may not tickle your fancies, but i love each and every one of em.
And today was Grammy Day.
".. pants on the ground, pants on the ground..."
Keep rockin'.
Gusted from the mind of Adni Ariff at 9:18 PM 2 people said 'hi!'
Thursday, January 28, 2010
The Path.
Do you believe that everything that happens must have a reason behind it?
Or do you believe that things happen because they just do?
I'm a strong believer of qadha' and qadar. Which means that God had planned for everything to happen. It's up to us to decide our paths. It's already written. If we choose to take a certain path, certain chain of events ensue. It we choose another, another set of events will take place.
So, then how does coincidence fit in this picture?
There's too many things that had conveniently happen. I wonder if its fate or somebody's having a fun time screwing with my brains and emotions.
Being on the path to becoming a devout Muslim, I'd have to stick with qadha' and qadar. Nothing happens without a reason. Allah has His reasons. It's up to me to decide my actions from whatever happens around me. Hopefully I'll make the best decisions. The right decisions must not always be the easiest one. I must choose between doing whats right and what's easy. It need not necessarily by the hardest either. I can only pray for His guidance.
We can never know where the road may lead us. So make sure we stick to the right path. Though it may be bumpy at times, but inevitably, insya Allah, God willing, it will lead us somewhere great.
We must always remember to have faith.
Gusted from the mind of Adni Ariff at 5:05 PM 0 people said 'hi!'
Labels: Ramblings
Wednesday, January 27, 2010
[square bracketed]
Seperti biasa, kerja saya gila. Awak bayangkan masuk kelas bahasa German pada hari Isnin, masuk kelas Urdu pada hari Selasa, dan kelas advance technomachinethingy pada hari Rabu. Semua bagi assignment. Semua dateline minggu depan. Semua expect awak tahu segala-galanya. Dan agak menyedihkan, cikgu tution saya baru berpindah ke negara lain. Yep. That's exactly how i feel right now.
Demi menghalalkan sesuap nasi, saya tempuh juga. Sakit jugak hati sebab saban hari rasa unappreciated. Dahla saya tak berapa ikhlas buat kerja sebab rasa macam most policies are done atas arahan politician. Saya buat kerja untuk rakyat, untuk negara, untuk keluarga dan anak-anak saya, untuk diri saya sendiri dan yang paling utama lillahitaala. So politician semua tolong jangan perasan saya kerja untuk awak.
Dan saya juga acap kali terasa macam buat kerja sorang-sorang tanpa ada teman untuk berbincang. Subject matter tugas saya adalah complicated and i know i would bore a lot of people talking about it. Tapi saya rasa saya boleh belajar dengan lebih cepat jika saya bertutur bahasa kerja saya. Jadi sekali sekala walaupun saya tahu orang tak faham saya cakap apa, saya bincang juga. Kerana pada saya, kalau saya boleh buat orang faham, itu bermaksud saya sudah faham subject matter saya. I learn more by teaching. Kalau saya tak boleh buat orang faham, barangkali ia adalah kerana saya sendiri yang tidak faham.
Saya juga terimbas kembali gambar-gambar sewaktu photoshoot Chapal/Charma tempoh hari. Saya sangat chubby ketika itu. Sekarang, syukur kepada Allah, hobi saya telah membolehkan saya mendapat bentuk badan idaman saya. Tunggula lagi sebulan dua, abs saya mesti boleh buat papan cuci baju.. muahahahaha!
Ayuh, teruskan kerja macam hidup selama-lamanya dan teruskan ibadah seolah-olah kita akan mati esok!
Ikhlas,
Adni Ariff
(macam familiar je sign off ini.. kekekekeke :P )
Gusted from the mind of Adni Ariff at 4:40 PM 0 people said 'hi!'
Labels: Ramblings
Friday, January 22, 2010
Hold on.
Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar. (103:1-3)
Haven't been myself lately. I had to walk through a dark and empty road. I faced a grueling test. Somehow even those close to me were faced with different challenges, trials and tribulations. Each had their own problems to solve. And many a times i felt like breaking down and just give in. Alhamdulillah, He had watched over me. I think i made a few wise decisions and therefore, i'm not feeling as low as i did. The key is to always have faith in Allah. He knows whats best. Just remember to never ever go astray from Him and no matter what challenges u face, it will be alright. Much sooner than you think. Just keep holding on.
Today i came accross this article and would like to share it with you.
Rahmat Di Sebalik Dugaan.
Firman Allah SWT : “Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan ( tidak pula ) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab ( Lauhul Mahfuz ) sebelum Kami menciptanya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. ( Kami jelaskan yang demikian itu ) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang sombong lagi membanggakan diri” ( Al-Hadid : 22-23 )
Kedamaian dan ketenangan hidup merupakan harapan setiap daripada kita, bahkan jiwa manusia menginginkan agar kesenangan itu kekal abadi dalam kehidupannya. Namun bergitu langit tidak selamanya cerah, kadang-kadang mendung mewarnai perjalanan hari, kerana ia merupakan suatu ketentuan. Begitu juga dalam kehidupan manusia bahawa setiap penderitaan, ujian, dugaan dan kesengsaraan merupakan ketentuan ilahi yang wajib diterima dengan hati yang sabar dan redha. Allah berfirman : “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan: “Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji terlebih dahulu ? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” ( Al-Ankabut: 2-3 }
Tidak ramai yang tahan dan sabar dalam menerima ujian Allah SWT, mungkin kerana dorongan hawa nafsu yang cintakan kehidupan di dunia ini. Allah berfirman : “ Berikan berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang, yang ketika musibah, mereka berkata “ “Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan Kepada-Nya kita dikembalikan. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk”. ( Al-Baqarah : 155-157 ).
Ketahui bahawa sesungguhnya terlalu besar rahmat yang tersimpan di sebalik dugaan bagi insan yang sabar. Rasulullah SAW bersabda : “Apa pun yang menimpa diri seorang mukmin dari kepayahan, kesakitan, kesusahan dan apa pun keresahan yang dirasakannya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dari keburukan-keburukannya.” ( HR. Muslim). Sabdanya lagi yang bermaksud : “ Tiada musibah apa pun yang menimpa diri seseorang muslim melainkan Allah menghapuskan keburukannya ( dosanya) walaupun duri yang mengenai dirinya.” ( HR Bukhari & Muslim )
Umar bin Abdul Aziz berkata : “tiada ada sesuatu nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepada seseorang, lalu diambil kembali nikmat tersebut sedangkan orang itu menerima takdir yang menimpa dirinya dengan sabar, melainkan Allah akan menggantikan yang lebih baik bagi dirinya.”.
Imam Ahmad dari Yunus, dari Ibnu Saad, dari Yazid bin Abdullah, dari Amir bin Abu Amir, dari Muttalib, dari Ummi Salamah berkata : “ Pada suatu ketika Abu Salamah mendatangiku setelah kembali menemui Rasulullah SAW, ia berkata : “Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang sesungguhnya membuat saya merasa gembira, sebagaimana sabdanya : “ Tidak ada musibah apa pun yang menimpa diri seorang muslim lalu membaca Istirja ( In’nalillah wa’inna’illahi rajiaun ) pada saat musibah itu menimpanya, lalu berdoa : “Ya Allah ! berilah kami pahala dari musibah ini, dan berilah ganti yang lebih baik dari musibah ini, melainkan Allah akan mengabulkan doanya.”.
Musibah yang menimpa kita merupakan cubaan daripada Allah. Allah SWT berfirman : “ Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada dibumi itu sebagai perhiasan, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang paling baik amal perbuatannya. Dan sesungguhnya Kami akan menjadikan (pula) apa yag ada di atasnya menjadi tanah rata dan tandus.” ( Al-Khafi: 7-8 ).
Ketika seorang hamba itu ditimpa musibah, hendaklah ia berhati-hati dalam menangis dan juga dalam mangucapkan kata-kata yang boleh menghapuskan pahala dan merosakkan iman seperti mengatakan Allah itu zalim kepadanya dan sebagainya. Ketahuilah, bahawa Allah itu Maha Adil dan tidak akan berbuat zalim. Allah ialah Zat Maha Pemberi dan pada suatu ketika akan mangambilnya kembali dan Dialah yang berhak menuntut dari perbuatan hambanya. Rasulullah SAW bersabda: “ Tidaklah termasuk golonganku orang-orang yang memukul pipinya dan mengoyak-ngoyak bajunya serta memekik-mekik sebagaimana yang dilakukan oleh Jahiliyah.” (HR Bukhari & Muslim).
Perlu juga diingat ujian atau dugaan tidak hanya berupa kesusahan, kesulitan dan kesakitan saja, akan tetapi dapat juga berupa kesenangan, kekuasaan , kemegahan, keseronokan, kemewahan, pangkat dan sebagainya. Allah SWT berfirman : “ Dan Kami menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan, dan Kami-lah kamu semua kembali.”.Ujian sebegini lebih berat daripada ujian dengan musibah , Allah SWT berfirman : “ Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, kerana melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya kepada Tuhanmulah kamu kembali.” ( Al-Alaq; 6-8 ). Rasulullah SAW ada bersabda : “Demi Allah,bukanlah kekafiran atau kemiskinan yang aku bimbangkan atas kamu, akan tetapi aku bimbang kalau-kalau kemewahan dunia yang kamu dapatkan sebagaimana yang telah diberikan kepada orang-orang yang sebelum kamu, lalu kamu bergelumbang dalam kemewahan itu sehingga kamu binasa sebagaimana mereka dahulu bergelumbang dan binasa pula.” ( HK. Bukhari). Baginda juga bersabda : “Sesungguhnya bagi setiap umat ada ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.” (HR Tarmizi)
Ujian seperti terkena penyakit dan kemalangan bermaksud untuk menguji kesabaran, kerelaan seseorang dalam menerima qadha dan qadar Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda : “ Tidak ada seorang Muslim pun yang ditimpa gangguan seperti ditusuk oleh duri atau yang lebih berat daripadanya, melainkan dengan ujian itu dihapuskan oleh Allah SWT perbuatan buruknya serta digugurkan dosa-dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daun-daunnya. ( HR Muttafaq alaih ). Sabdanya lagi : “Ujian yang tidak henti-hentinya menimpa kamu Mukmin lelaki dan perempuan, yang menimpa dirinya, hartanya, anaknya, akan tetapi ia tetap bersabar, ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa.” (HR Tarmizi)
Allah SWT juga menguji kita dengan ujian berupa cinta dan sayang yang akan menyebabkan seseorang melampiaskan hawa nafsu dan melanjutkan keturunan sebagaimana Allah SWT berfirman: “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingni iaitu : wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (Syurga).” Ujian paling kuat bagi kaum lelaki pula sebagaimana di sabdakan oleh Rasulullah SAW: “Sepeninggalanku nanti tiadalah ujian yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki kecuali godaan kaum wanita.” (HR Bukhari).
Ujian yang paling berat yang ialah ujian berkenaan aqidah dan agama. Ramai orang mengaku Islam, beriman, termasuk juga alim ulamak, setelah diuji iman dan agamanya oleh Allah SWT dengan berbagai macam ujian dan cubaan ia tewas kerana lemah imannya hingga terjerumus ke dalam kecintaan kepada dunia dan hawa nafsu seterusnya menjadi sesat. Allah berfirman : “ Dan di antara manusia ada yang berkata : “Kami beriman kepada Allah, maka apabila ia disakiti ( kerana ia beriman ) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah. Dan sesungguhnya jika datang pertolongan dari Tuhan. mereka pasti berkata: Sesungguhnya kami adalah bersertamu. Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada manusia.? “ Dan sesungguhnya Allah benar-benar mengetahui orang-orang yang beriman dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang munafik.”( Al-Ankabut:10-11).
Rasulullah SAW bersabda : “Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalah para Nabi, kemudian baru orang yang dekat darjatnya kepada mereka. Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kepada agamanya. Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujianan yang menimpanya, bila lemah dalam agamanya, maka diuji pula oleh Allah sesuai dengan tingkatan ketaatanya kepada agamanya. Demkianlah ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di muka bumi dalam keadaan tidak berdosa.”(HR Tarmizi).
Sebagai orang yang beragama lslam, kita hendaklah mempunyai keyakinan dan percayaan yang tidak berbelah bagi untuk menundukkan diri dengan ketetapan dan peraturan Allah supaya kita tidak terumbang-ambing dipukul oleh gelombang kehidupan yang selalu datang melanda. Kita hendaklah tetap sabar dalam menghadapi kemungkinan hari esok, tenang tidak gelisah dalam menghadapi bebagai ujian dan dugaan kerana akhirnya dari semuanya itu adalah kematian.
Wallahu a’lam.
Petikan daripada buku “Rahmat Disebalik Dugaan”, karangan Kasmuri Selamat MA.
Take off this site.
Gusted from the mind of Adni Ariff at 1:30 PM 0 people said 'hi!'
Labels: Friends, From the Net, Soul Food






